Skip to main content

Bola Sepak

Sabah tekad ulangi kejayaan manis minggu lalu

jelius-ating.jpg
Jurulatih Sabah, Jelius Ating, menuntut skuad Tambadau supaya mengesahkan kejuaraan Liga Perdana ketika bertemu UiTM FC, esok, setelah berjaya mengakhiri penantian sejak 2012 untuk kembali ke kancah utama liga tempatan dalam perlawanan terdahulu.

Sabah mengesahkan tiket Liga Super musim depan selepas mengatasi Johor Darul Ta'zim (JDT) II 1-0, Jumaat lalu, dan berpeluang terus mencipta sensasi dengan meraih kejuaraan divisyen kedua itu di Stadium UiTM, Shah Alam. 

"Walaupun mempunyai peluang terbaik untuk mengesahkan kejuaraan, ini bukan bererti kami boleh berhenti berusaha. 

"Kami perlu kekal fokus dan bekerja untuk memenangi perlawanan malam esok," katanya ketika ditemui dalam persiapan terakhir pasukan di Shah Alam, petang tadi. 

Jelius tetapi optimis menjelang pertemuan esok meskipun berdepan beberapa cabaran dalam soal pemilihan pemain. 

"Saya akan cuba menurunkan barisan terbaik walaupun beberapa pemain utama akan menjalani penggantungan perlawanan (dua pemain import, Park Taesu dan Ahmet Atayev) tetapi pemain tempatan mampu memikul tugas ini. 

"Faktor inilah yang membuatkan prestasi kami musim ini lebih konsisten," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video