Skip to main content

Bola Sepak

Sabah nafi dakwaan pemainnya terlibat nahas pesawat terhempas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Pasukan Sabah dalam satu kenyataan rasmi hari ini menafikan laporan palsu yang mendakwa terdapatnya pemain pasukan itu yang menjadi mangsa nahas pesawat terhempas seperti yang tular di media sosial hari ini.

Pengurus Sabah FC, Rafie Robert, menjelaskan bahawa spekulasi palsu itu berniat untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan serta peminat The Rhinos.

"Beberapa pemain termasuk Stuart Wilkin, Dominic Tan, Daniel Ting dan Darren Lok dipanggil ke skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober ini.

"Laporan portal ini dilihat berniat jahat serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan Sabah FC serta peminat bola sepak di negeri ini.

"Kami akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat untuk memastikan perkara ini tidak berulang di masa depan sekali gus memastikan tahap keselamatan pemain Sabah FC sentiasa terpelihara.

"Orang ramai khususnya peminat sukan bola sepak di Sabah diingatkan agar tidak mudah percaya terhadap laporan yang sengaja menimbulkan kekeliruan pada masa kini.

"Sabah FC masih meneruskan perancangannya menjalankan sesi latihan dibawah kendalian Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee." katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video