Skip to main content

Bola Sepak

Sabah gigih tingkat keserasian

sabah-2023.jpg
Langkah kanan Sabah menerusi kemenangan besar 4-0 di laman sendiri ibarat penyuntik semangat buat mereka untuk terus menyambung legasi kecemerlangan bagi perlawanan Liga Super yang seterusnya.

Pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-Su, yang turut menyumbang jaringan menyifatkan ia sebagai permulaan yang cukup baik bagi pasukan Sang Badak musim ini.

Bagaimanapun, dia belum cukup untuk berpuas hati apabila menuntut pemain dan pasukan agar lebih berhati-hati dalam mengorak kemenangan ketika bertemu Kelantan United, malam esok. 

"Memang seronok mengetahui ramai penyokong datang memberi sokongan. 

"Kami meraih keputusan yang baik tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki," katanya dalam sesi latihan hari ini. 

Dalam pada itu, Saddil Ramdhani, tidak perlu menunggu lama untuk menyinar.





Walaupun kombinasi antara pemain masih dianggap terlalu baru, hal berkenaan langsung tidak menggugat sentuhan berbisanya dalam perlawanan pertama di Likas.

Dua jaringan tonggak dari Indonesia itu pada minit ke-12 dan 71 meletakkan Sang Badak dalam keupayaan yang nyata terlalu ampuh untuk ditandingi PDRM. 

Saddil, bagaimanapun, enggan hanyut dengan aksi pertama itu malah dengan beberapa nama baru yang ada, dia kekal yakin dengan tuntutan masa untuk mencapai keserasian optimum.

"Perbezaannya di antara musim ini dan lalu mungkin daripada segi wajah baru tapi keserasiannya tetap sama. 

"Semoga tahun ini kami semoga bisa meraih hasil positif," katanya pula. 

 

Advertisement

Must Watch Video