Skip to main content

Bola Sepak

Sabah FC alih fokus hadapi Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rizal-ghazali-sabah-fc.jpg
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, meletakkan sasaran untuk mara sejauh yang boleh selepas meraih tiket ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.

Menurutnya, kejayaan melepasi peringkat kumpulan adalah pencapaian yang bagus, namun ia belum cukup buat skuad The Rhinos tersebut.

“Sasaran pertama untuk melepas pusingan kumpulan dan kami kini berada di separuh akhir. Ia satu pencapaian yang bagus tetapi ia bukan pengakhiran kejohanan ini.




“Sudah tentu kami mahu mara lebih jauh dan kami ada banyak masa untuk melakukan persiapan untuk pusingan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Sabah menempah tempat ke separuh akhir selepas menundukkan Hougang United 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kemenangan itu meletakkan Sabah di kedudukan teratas Kumpulan H dengan 12 mata manakala Hai Phong FC dan PSM Makassar di kedudukan kedua dan ketiga dengan tujuh mata.

Dalam pada itu, kejayaan mara lebih awal walaupun masih berbaki satu perlawanan dalam peringkat kumpulan memberikan kelegaan kepadanya dan berpeluang merehatkan pemain utama.

“Kami ada tiga atau empat perlawanan lagi untuk dihadapi. 

"Kami akan hadapi saingan liga dan lawan PSM Makassar mungkin kami boleh buat penggiliran untuk memastikan pemain segar untuk perlawanan terakhir Liga Super menentang Kedah," katanya.

Advertisement

Must Watch Video