Sabah dan Penang buntu mencari gol pertama dalam kancah Liga Super Malaysia musim ini selepas terikat 0-0 sepanjang 45 minit permainan di babak pertama di Likas.
Kedua-dua pasukan masing-masikng mengatur serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan dengan menghasilkan beberapa peluang.
Bagaimanapun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dan Akmal Rizal Ahmad Rakli masih gagal menterjemahkanya dengan baik untuk mengahasilkan gol sebelum kedua-dua pasukan ke bilik persalinan.
Aksi babak kedua akan bersambung selepas ini..