Skip to main content

Bola Sepak

Rudiger terlepas perjuangan hujung musim

rudiger.jpg
Antonio Rudiger akan diketepikan untuk baki musim ini selepas selesai menjalani pembedahan lutut, demikian Chelsea mengesahkan.

Pertahanan itu ditimpa kecederaan di lutut kirinya ketika Chelsea seri 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford, Ahad lalu.

Pemain Jerman itu baru sahaja kembali selepas diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan lutut berasingan dan dia kini perlu berehat lagi selepas menjalani pembedahan di Rome, Itali, untuk memperbaiki kecederaan 'meniskus'.

Chelsea akan beraksi tanpa Rudiger untuk aksi separuh akhir Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt, minggu ini, dan berpeluang berdepan sama ada Valencia atau seteru London, Arsenal, sekiranya mereka lolos ke final. 

The Blues meniti di landasan untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara (UCL) setelah menjarakkan diri dengan pasukan di tangga kelima, Arsenal, dengan dua kelebihan mata dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Rudiger, 26, sudah membuat 44 penampilan untuk Chelsea sepanjang musim ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video