Kelab Diraja Selangor (RSC) hari ini memberi penghormatan kepada legenda bola sepak tanah air yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik 1972 dengan melancarkan tabung kebajikan khas sempena kejohanan 19th RSC-Tiger International Soccer 7s dan 17th RSC-Milo Under-12 International Soccer 7s 2019.
Hadir di majlis pelancaran tersebut adalah bekas pemain kebangsaan dan juga pemain dari skuad Olimpik 1972 seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Shukor Salleh, Datuk Mohamad Bakar dan Rahim Abdullah.
Turut hadir adalah Datuk Santokh Singh yang merupakan pemain daripada pasukan Olimpik 1980 di Moscow dan juga Datuk N. Thanabalan, bekas penyerang pasukan Selangor yang pernah menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1968.
“Kami amat berbangga untuk mengumumkan penubuhan tabung ini yang akan diuruskan selama setahun hasil kerjasama kami bersama Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Bekas Pemain Negara Malaysia,” ujar Presiden RSC, Sylvester Devaraj Anthony.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan pihak kami berbesar hati di atas inisiatif yang diambil oleh pihak RSC. Ini merupakan satu penghormatan kepada wira-wira negara dari tahun 1972, khususnya bagi mereka yang memerlukan pertolongan,” ujar Chin Aun, Presiden Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Bekas Pemain Negara Malaysia.
Menurut Sylvester, kejohanan tahun ini akan didedikasikan khusus untuk wira negara dari pasukan bola sepak 1972. Dia turut berpandangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur harus memainkan peranan masing-masing bagi memberi bantuan kepada wira negara ini.
“Mereka telah mengharumkan nama negara dan mereka wajar diberi penghormatan,” kata Sylvester.
Kejohanan antrabangsa ini yang dianjurkan sejak 2001 menyaksikan penyertaan pasukan bola sepak dari Australia, Brunei, India, Indonesia, Korea, Maldives, Belanda, Singapura, Sri Lanka, dan Thailand.