Skip to main content

Bola Sepak

Rose mahu kekal bersama Tottenham

danny-rose_5xrkzq7sk08m1ua1yqnmhc0cx.jpg
Pertahanan Tottenham Hotspur, Danny Rose, berharap dia masih kekal menyarung jersi pasukannya sebaik sahaja jendela perpindahan Eropah tamat pada awal pagi Sabtu ini.

Pemain bek kiri itu dikaitkan dengan perpindahan ke juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), setelah pengendali, Thomas Tuchel, mendedahkan bahawa dia merupakan peminat pertahanan England itu.

Rose, yang turut menjadi perhatian Schalke, melakukan penampilan pertama musim ini sewaktu Spurs menundukkan Manchester United 3-0 di Old Trafford, Isnin lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak berasa dia akan meninggalkan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu sambil PSG dilihat cuba untuk mendapatkan pertahanan Bayern Munich, Juan Bernat.

"Pengurus pasukan telah menemui kami beberapa minggu lalu dan menjelaskan semua pemain akan bermula dari awal," kata Rose.

"Kami harus cuba mendapatkan perhatiannya dan itu bagus. Kami akan bermula semula. Saya tidak berdepan masalah. Saya tidak mendengar spekulasi tentang masa depan saya.

"Jika saya masih berada di sini selepas Jumaat, di mana ia sesuatu yang saya jangkakan, ia akan menjadi bagus. Saya bersedia untuk melihat pencapaian kami pada akhir musim.

"Saya dan pengurus pasukan telah berbincang melalui perbualan telefon dan pertemuan selama sejam, beberapa minggu lalu."

"Kami sedar situasi yang berlaku. Aksi pada Isnin lalu adalah sesuatu yang besar buat saya walaupun wujud spekulasi. Pochettino masih mempercayai saya dan menurunkan saya dalam perlawanan sebegitu.

"Bagi saya, dalam empat atau lima tahun yang menyaksikan kami bekerjasama, ia mungkin salah satu perkara terbesar yang dia lakukan untuk saya. Saya terkejut dengan perbincangan sebelum kami tiba. Saya fikir akan wujud perubahan tetapi tidak menjangka saya akan diturunkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video