Skip to main content

Bola Sepak

Rose jalani pembedahan lutut

17517dannyrose.jpg
Ketiadaan pertahanan Tottenham Hotspur, Danny Rose, berlarutan selepas dia terpaksa menjalani pembedahan pada lutut kirinya.

Pemain kebangsaan England itu telah diketepikan kerana mengalami kecederaan ligamen lutut ketika seri tanpa jaringan berdepan Sunderland pada penghujung Januari lalu.

Rose telahpun kembali berlatih bersama Spurs tetapi kini meneruskan pemulihan selanjutnya dan terdapat laporan yang mencadangkan pemain berusia 26 tahun itu akan terlepas aksi permulaan musim hadapan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu  berbunyi: "Pertahanan skuad England itu mengalami kecederaan pada Januari lalu ketika bertemu Sunderland.

"Dia telah kembali menjalani latihan bersama pasukan, bagaimanapun kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya dan perlu menjalani satu lagi proses pembedahan.

"Rose akan kembali beraksi pada musim hadapan."

Rose telah membuat 18 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menjaringkan dua gol.

Advertisement

Must Watch Video