Skip to main content

Bola Sepak

Rooney yakin Ronaldo mampu ketuai Juve juarai UCL

cristiano-ronaldo.jpg
Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, yakin Cristiano Ronaldo mampu memimpin Juventus untuk menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pertama sejak 22 tahun lalu.

Ronaldo memenangi empat gelaran UCL bersama Real Madrid tetapi mengejutkan dunia apabila mengambil keputusan untuk berhijrah ke Itali menyertai Juventus.

Juve telah tewas lima kali dalam final -- termasuk ketika Ronaldo mempamerkan aksi cemerlang buat Real di Cardiff dua tahun lalu.

Tetapi Rooney yakin bahawa kehadiran kapten Portugal itu mampu melonjakkan lagi mutu Juve dalam misi untuk muncul juara Eropah.

"Dia akan meneruskan apa yang dilakukan sejak 10 tahun lalu," kata Rooney.

"Ronaldo akan menghadirkan jaringan buat Juventus dan saya yakin mereka mampu menjulang gelaran UCL.

"Dia seorang yang baik, bersifat kekeluargaan, bekerja keras dan sentiasa mengutamakan keluarganya.

"Ronaldo seorang pemain yang bekerja keras dan berhak menerima pujian dalam setiap apa yang dilakukan," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video