Louis van Gaal percaya Wayne Rooney sudah melepasi tahap terbaik ketika dia berkhidmat sebagai pengurus Manchester United.
Penjaring terbanyak United, Rooney, merupakan kapten pasukan ketika Van Gaal di Old Trafford dan menjaringkan 29 gol sepanjang dua musim.
Bagaimanapun, Van Gaal berasakan dia tidak dapat melihat tahap terbaik Rooney dan sering mempersoalkan pendekatannya.
"Saya memohon maaf tetapi Rooney sudah melepasi zaman terbaiknya. Tetapi dia merupakan salah seorang pemain terbaik saya.
"Namun, anda tidak boleh bercakap apa-apa tentang sikap profesionalnya dalam setiap sesi latihan atau setiap kali turun beraksi.
Van Gaal berasakan pergelutan United, pasca-Alex Ferguson terutamanya, disebabkan kelab gagal untuk memberikan nafas baru ke dalam skuad utama.
Bekas pengendali Barca itu menandatangani barisan pemain seperti Angel Di Maria, Bastian Schweinsteiger, Anthony Martial dan Memphis Depay, namun memberikan bayangan
hierarki kelab tidak mendapatkan sasaran utamanya.
"Masalah bermula apabila United tidak pernah memiliki skuad yang baru. Saya berasakan sebagai pengurus, anda perlu mendapatkan barisan terbaru setiap musim.
"Saya tidak mendapatkan pemain yang diinginkan. Itu masalahnya."
Bercakap tentang Di Maria, Van Gaal berasakan pemain kebangsaan Argentina itu -- yang bertahan hanya semusim dalam Liga Perdana Inggersis sebelum berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) –- tidak sesuai dengan permainan bola sepak Inggeris.
"Di Maria memiliki masalah dengan budaya bola sepak Inggeris dan suhu di England.
"Saya sentiasa bertanyakan kepada pemain-pemain di mana mereka mahu beraksi. Saya menurunkan Di Maria sebagai pemain sayap, pemain nombor 10, penyerang dan bahagian kanan. Saya telah memberikan dia peluang tetapi dia gagal bermain dengan baik."