Wayne Rooney akan menyertai Derby County, namun tidak akan memulakan peranan sebagai pemain-jurulatih pasukan itu sebelum Januari depan, kata pemilik kelab berkenaan.
Satu perjanjian sedang disiapkan selepas bekas kapten England itu berlepas ke London dari Amerika Syarikat (AS), di mana dia masih mempunyai kontrak dengan DC United.
Pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Audi Field dan akan menghabiskan musim terakhirnya dalam Liga Utama AS (MLS) sebelum menyertai skuad kendalian Philip Cocu itu pada separuh kedua kempen Liga Kejuaraan mereka.
"Dia mahu menghabiskan musim di sana dan sudah pasti ia amat penting buat mereka memandangkan mereka sedang bersaing dalam play-off," kata pemilik The Rams, Mel Morris, kepada Sky Sports.
"Dia mahu memastikan yang dia dapat menamatkan musim.
"Dia akan menyertai kami Januari depan jika kami dapat melengkapkan perjanjian itu," katanya.
Morris menambah: "Saya berharap ia akan berjaya. Amat jelas, kami mahu memastikannya, kami sedang berusaha keras. Saya pasti ia akan siap hari ini."
Derby memulakan perbincangan dengan Rooney selepas mendapati bekas penyerang Everton dan Manchester United itu mahu pulang ke England
"Ia berpunca daripada perbualan di antara Phillip Cocu dan Wayne yang amat penting untuk perkara ini," kata Morris lagi.
"Saya fikir, untuk Wayne, (penting) untuk dia datang dan bekerja dengan pengurus yang dia yakini dan jelas untuk Phillip, ia peluang untuk dia mendapatkan pemain bertaraf dunia dan seorang yang mampu membantu pemain muda di atas padang.
"Wayne ke sini untuk bermain buat kelab ini, namun dia juga mahu memperkembangkan karier kejurulatihannya.
"Perkara utama bagi perjanjian ini adalah demi cita-citanya untuk bergelar pengurus.
"Saya fikir tempoh yang kami peroleh bersama Frank (Lampard) adalah tempoh yang amat hebat daripada segi menunjukkan kesediaan untuk memberikan mereka masa, untuk bekerja dengan mereka dan untuk membantu mereka meningkat.
"Saya fikir Wayne melihat kami sebagai satu tempat yang baik untuk dia melakukan perkara-perkara itu," tambahnya.