Skip to main content

Bola Sepak

Rooney kekal dalam perancangan Mourinho

rooney-250517.jpg
Jose Mourinho masih menaruh harapan agar Wayne Rooney kekal di Manchester United dengan menegaskan penggempur berpengalaman itu masih dianggap tonggak penting.

Rooney hilang tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Mourinho lalu meningkatkan spekulasi bahawa dia akan keluar dari Old Trafford.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat kemunculan pada masa kecederaan final Liga Europa untuk mengatasi Ajax, namun Mourinho menegaskan belum ada jaminan mengenai projek perpindahan.

"Wayne sedia untuk diturunkan, dia merupakan pilihan utama. Begitupun, saya tidak memerlukan serangan ketika mendahului 2-0," kata Mourinho kepada pemberita.

"Saya memberitahu semalam bahawa dia boleh menjadi pemain utama kepada saya, dia boleh kekal pada musim depan.

"Dia merupakan pemain yang sangat penting buat kami. Jika dia kekal, saya akan berasa sangat gembira."

Mourinho membawa masuk Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan di samping Zlatan Ibrahimovic dan Eric Bailly pada awal musim ini dan berhasrat mengukuhkan lagi skuad itu.

"Ed Woodward mempunyai senarai pemain yang saya kehendaki. Apa yang saya mahukan dan saya hajati dalam tempoh lebih dua bulan ini," tambahnya lagi.

"Jadi, kini terpulang kepadanya dan juga pemilik."

Advertisement

Must Watch Video