Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo: Zidane buat saya rasa istimewa

cristiano-ronaldo-zinedine-zidane.jpg
Cristiano Ronaldo mendedahkan Zinedine Zidane membuatnya berasa istimewa ketika bersama gergasi LaLiga itu sambil dia menjulang pengurus Real Madrid itu. 

Ronaldo meninggalkan Madrid sebelum sepak mula musim lalu dengan menyertai Juventus dalam kesepakatan bernilai €112 juta (RM525.7j) selepas merangkul rentetan tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL) di bawah kendalian pengurus itu. 

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu menikmati kejayaan besar ketika Zidane mengemudi pasukan di Santiago Bernabeu serta turut memenangi LaLiga pada 2016-17.

Ronaldo menghamburkan pujian terhadap bekas ketua pasukan Perancis itu -- yang kembali menjawat tugasan itu untuk tempoh kedua -- ketika membicarakan hubungan mereka. 

"Kepercayaan seseorang pemain bukan hanya terbit dalam diri pemain itu sendiri, malah daripada pemain di sekelilingnya, termasuk pengurus," kata Ronaldo kepada DAZN.

"Anda perlu berasakan bahawa anda adalah bahagian penting dalam pasukan dan Zidane membuatkan saya berasa istimewa.

"Dia banyak membantu saya, saya sememangnya amat menghormatinya. Peluang bekerjasama dengannya membuatkan saya mengagumi beliau. 

"Ini kerana cara percakapan beliau, cara beliau mengetuai pasukan dan caranya melayani saya.

"Dia akan memberitahu saya, 'Cris, bertenang dan bermain dengan cara anda sendiri -- anda adalah orang yang akan membuat perbezaan.'

"Dia sentiasa bersikap jujur ​​dengan saya dan sebab itulah saya akan sentiasa menyanjungnya."

Ronaldo meledak 21 gol dalam musim pertamanya untuk membantu Juventus terus menguasai Serie A buat kali kelapan berturut-turut. 

 

Advertisement

Must Watch Video