Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo, yakin namanya akan dibersihkan di sebalik tuduhan merogol yang dikenakan ke atasnya.
Bekas model kelahiran Amerika Syarikat, Kathryn Mayorga, menuduh Ronaldo melakukan serangan seksual ke atas dirinya dalam sebuah hotel di Las Vegas pada tahun 2009.
Ronaldo, bagaimanapun, menolak dengan sekeras-kerasnya tuduhan itu.
Akhbar Jerman, Der Spiegel, yang melaporkan tuduhan itu mendakwa Ronaldo turut membayar wang berjumlah $375,000 (RM1.5 juta) pada 2010 atas perjanjian menutup mulut.
Mayorga kemudian membuat tuntutan mahkamah dalam percubaan menghapuskan perjanjian itu ketika polis Las Vegas turut membuka kembali siasatan dakwaan berkenaan.
Peguam Ronaldo, Peter Christiansen, mengesahkan pembayaran itu, namun mendakwa terdapat beberapa dokumen telah dicuri dan dihapuskan.
Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Ronaldo menjelaskan jenayah rogol adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat dan dia berhadapan dengan media buat kali pertama bagi memberi penjelasan tentang pertuduhan itu semalam.
"Saya sangat gembira," jelas Ronaldo kepada wartawan.
"Kami sudah memberikan kenyataan dua minggu lalu.
"Jika saya tidak bersalah, saya lega.
"Saya tidak akan menipu dalam situasi ini. Saya sangat gembira.
"Barisan peguam saya sangat yakin, saya juga begitu.
"Apa yang penting adalah saya menikmati bola sepak dan kehidupan saya.
"Selain daripada itu, saya ada orang yang sentiasa menjaga kehidupan saya.
"Kebenaran akan sentiasa ditegakkan, jadi saya berasa yakin."
Ronaldo sedar akan hakikat bahawa dia seorang suri teladan berdasarkan reputasi yang dimilikinya.
Memenangi lima anugerah Ballon d'Or dalam karier yang gemilang, dia hanya mahu menumpukan dalam kerjaya bola sepaknya.
"Saya sedar 100 peratus bahawa saya seorang contoh. Baik di dalam mahupun di luar padang.
"Saya sentiasa tersenyum. Saya bersyukur.
"Saya bermain bersama sebuah kelab yang hebat, mempunyai keluarga yang hebat, saya ada empat orang anak dan saya sihat. Saya memiliki segalanya.
"Perkara-perkara lain tidak akan melemahkan saya," tambahnya.
Ronaldo akan kembali bertemu pasukan lamanya, Manchester United, dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi nanti.