Cristiano Ronaldo yakin gergasi Serie A, Juventus, akan memenangi Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas bergelar juara Serie A buat kali kelapan berturut-turut, Juve kini meletakkan sasaran melakar kejayaan di pentas Eropah selepas lima kali muncul naib juara sejak kejayaan pada 1996.
Ronaldo – juara lima kali itu meraih empat gelaran UCL bersama Real Madrid –- tidak mampu untuk membantu Juve melepasi suku akhir dalam musim pertamanya.
Bagaimanapun, Ronaldo percaya pasukan yang kini dibimbing Maurizio Sarri itu mampu untuk menakluki Eropah tidak lama lagi.
"Selepas meraih kejayaan di Madrid, saya memerlukan perubahan dan motivasi baru," kata Ronaldo.
"Saya masih lagi berupaya untuk terus meraih kemenangan.
"Juventus akan memenangi UCL. Saya tidak tahu bila tetapi mereka semakin hampir," katanya selepas menerima anugerah Marca Leyenda di atas pencapaiannya sebagai pemain bola sepak profesional.
Bintang berusia 34 tahun itu mudah menyesuaikan diri selepas meninggalkan Madrid untuk ke Juve, dengan membantu gergasi Itali itu muncul juara Serie A bagi musim 2018-19.
Penyerang veteran itu meledak 28 gol dalam semua kejohanan, 21 daripadanya hadir dalam saingan liga.