Cristiano Ronaldo berkata dia tidak pernah menjangka untuk menjaringkan seberapa banyak gol bersama Real Madrid selepas merakamkan hatrik ketika menentang Atletico Madrid untuk dia mencapai angka 400 gol untuk pasukannya itu.
Hatrik pemain berusia 32 tahun itu di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam, membantu Los Blancos meraih kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara dan ia merupakan golnya yang ke-400 bersama gergasi Laliga itu biarpun rekod rasmi mencatatkan dia menyumbat 399 gol.
Kontroversi itu berkaitan dengan jaringan ke atas Real Sociedad pada 2010 apabila ia dinamakan kepada Ronaldo walaupun laporan pengadil memberikannya kepada pemain pertahanan, Pepe.
Bagaimanapun, Presiden Madrid, Florentino Perez, menampilkan Ronaldo dengan sehelai baju bagi menandakan pencapaiannya. Ia sesuatu yang menggembirakan ketua pasukan Portugal berkenaan, yang tidak meragui bahawa dia telah mencapai paras 400 gol.
"Ia adalah sesuatu yang sangat istimewa," kata Ronaldo kepada Real Madrid TV.
"Ia jumlah yang besar dan saya tidak mengharapkannya. Ia adalah hasil kerjasama keseluruhan pasukan, usaha saya, semua pihak di kelab ini dan peminat yang sentiasa menyokong kami.
"Bermain untuk baju ini sentiasa menjadi motivasi tambahan. Saya berasa amat gembira dan saya mahu memberikan yang terbaik dalam baki kontrak saya, untuk menjaringkan gol seperti biasa dan membantu Real Madrid memenangi kejuaraan.
"Tiga gol (semalam) menjadikan ia satu malam yang istimewa. Saya berasa sangat baik, saya telah mempersiapkan diri untuk berada dalam keadaan baik untuk peringkat akhir LaLiga dan Liga Juara-Juara.
"Anda juga perlukan sedikit nasib kerana saya telah membuat persiapan untuk menjadikan semuanya berjalan dengan lancar -- bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk pasukan.
"Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa dengan dedikasi dan kerja keras seperti lazimnya, ia datang secara semula jadi. Saya gembira dan bertuah datang dari planet ini."
Menurut Ronaldo lagi: "Pasukan ini adalah luar biasa. Kami membuat langkah besar untuk mara ke perlawanan akhir di Cardiff dan kami gembira.
"Saya sangat gembira dan ia adalah perlawanan yang penuh dengan emosi...
"Untuk menang 3-0 adalah luar biasa dan ia adalah kemenangan penting. Penguasaan kami di atas padang menunjukkan kecergasan kami.
"Kami amat bermotivasi dan kami mahu sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Ketika ini, kami berharap dapat menyempurnakan tugas kami."