Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo terlepas latihan kerana ibu masuk hospital

cristiano-ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo mengesahkan ibunya "stabil dan sedang berehat di hospital" berikutan laporan yang mengatakannya mengalami strok.

Penyerang Juventus itu tidak mengikuti latihan bersama juara Serie A berkenaan semalam dan dikatakan kembali ke Madeira kerana ibunya jatuh sakit.

Pengurus, Maurizio Sarri, mengesahkan pemain tersohor itu akan terlepas pertemuan kedua separuh akhir Piala Coppa Italia dengan Milan yang sepatutnya berlangsung esok (ditangguhkan) kerana masalah peribadi, namun tidak menawarkan sebarang maklumat lanjut.

 
Begitu, Ronaldo menjelaskan situasi itu di akaun Twitter rasminya dengan mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kata-kata perangsang apabila dia mengesahkan ibunya berada di hospital.

"Terima kasih atas semua mesej dorongan terhadap ibu saya," katanya dalam satu kenyataan.

"Dia kini stabil dan berehat di hospital.

"Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaganya dan memohon agar diberikan sedikit ruang pada masa ini."

 

Advertisement

Must Watch Video