Pemain Real Madrid, Nacho Fernandez, berpendapat Cristiano Ronaldo telah meletakkan dirinya setaraf legenda pasukan, Alfredo Di Stefano.
Ronaldo dan Madrid akan berdepan Liverpool dalam aksi final pada Sabtu ini di Kiev bagi mengejar sasaran menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ketiga berturut-turut.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu sudah mengutip empat kejuaraan UCL sebelum ini, termasuk ketika bersama Manchester United pada 2008.
Nacho percaya Ronaldo layak untuk diletakkan setaraf dengan Alfredo Di Stefano, pemain yang membawakan lima kejuaraan UCL buat Madrid, sebelum ini.
"Saya percaya Ronaldo sudah boleh disamakan dengan Di Stefano," katanya.
"Ronaldo adalah seorang legenda, pemain yang sempurna berbekalkan kesemua Ballon d'Or yang telah dimilikinya. Apabila perkara sebegini berlaklu, sudah tentu orang ramai akan menilainya.
"Jika Real Madrid memenangi UCL sekali lagi, kami akan mencipta sejarah. Sewaktu kecil pastinya anda mengimpikan untuk memenanginya dan jika berpeluang untuk meraihnya buat kali keempat, sudah tentu ia sukar dipercayai."
"Apabila meninggalkan dunia bola sepak dan melakukan perkara lain, saya akan berpaling dan menganggap telah memiliki segalanya. Kami teruja untuk terus mencipta sejarah. Kami berdepan cabaran yang hebat dan hadir ke final dalam keadaan terbaik.
"Saya telah menyaksikan Liverpool beberapa kali pada tahun ini. Kunci kepada permainan ketika bertemu mereka adalah sentiasa fokus terhadap kepantasn yang mereka miliki di barisan depan kerana anda akan dihukum pada bila-bila masa," tambahnya.
Dalam masa sama, lima jaringan yang dihasilkan Gareth Bale dalam empat aksi terakhir LaLiga membuatkan bintang Wales itu berpeluang cerah untuk tampil dalam kesebelasan utama dalam final sambil Nacho berharap spekulasi mengenai masa depan rakan sepasukannya itu dihentikan.
"Bagi saya, dia pemain yang hebat. Dia juga berdepan kemungkinan untuk menjulang trofi UCL keempat dalam masa lima tahun.
"Saya faham dalam bola sepak segalanya akan dibincangkan tetapi saya yakin, jika Bale berada dalam pasukan lain, Madrid tentu akan mendapatkannya," tambah Nacho.