Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, dinamakan dalam senarai 24 pemain oleh jurulatih, Fernando Santos, menjelang perlawanan persahabatan menentang Cyprus dan persediaan menghadapi Piala Konfederasi 2017, malam tadi.
Antara pemain senior yang turut tersenarai adalah Nani, Ricardo Quaresma, Rui Patricio, Bbruno Alves, dan rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Pepe.
Advertisement
Bagaimanapun, Eder, Anthony Lopes, dan Pemain Muda Terbaik EURO 2016, Renato Sanches, tidak turut serta dalam senarai itu.
Sanches yang baru berpindah ke Bayern Munich pada awal musim 2016-17 dan hanya melakukan enam penampilan Bundesliga, hanya disenaraikan dalam skuad Bawah 21 tahun untuk saingan Piala Eropah Bawah 21 tahun.
Portugal bakal menentang Mexico, New Zealand dan hos, Russia, dalam saingan Kumpulan A manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman, bakal bersaing dengan Cameroon, Australia serta Chile dalam Kumpulan B.
Piala Konfederasi 2017 bakal berlangsung dari 17 Jun hingga 2 Julai.
Senarai penuh skuad Portugal:
Penjaga gol: Beto (Sporting CP), Jose Sa (Porto), Rui Patricio (Sporting)
Pertahanan: Bruno Alves (Cagliari), Cedric (Southampton), Eliseu (Benfica), Jose Fonte (West Ham), Luis Neto (Zenit), Nelson Semedo (Benfica), Pepe (Real Madrid), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund)
Pemain tengah: Adrien Silva (Sporting CP), Andre Gomes (Barcelona), Danilo Pereira (Porto), Joao Mario (Inter), Joao Moutinho (Monaco), Pizzi (Benfica) dan William Carvalho (Sporting CP)
Penyerang: Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Gelson Martins (Sporting), Nani (Valencia) dan Ricardo Quaresma (Besiktas).