Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo sedia bergelar pengurus

ronaldo.jpg
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, bersikap terbuka untuk beralih ke bidang pengurusan selepas menggantung but. 

Ronaldo, 34, muncul bintang handalan dengan memenangi lima gelaran Ballon d'Or dan lima gelaran Liga Juara-Juara (UCL). 

Penyerang Portugis itu memeterai kontrak dengan Juve hingga 2022 dan berkata dia mungkin mempertimbangkan akan mengendalikan pasukan sejurus bersara.

"Saya tidak mahu menolaknya," kata Ronaldo kepada majalah ICON melalui AS.

Ronaldo membantu Juve memenangi Serie A dan Supercoppa Italiana dalam musim pertamanya di kelab itu dengan menghimpunkan 27 gol dalam 40 perlawanan.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu turut meluahkan rasa gembira dengan caranya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Turin.

"Anda perlu sentiasa merendah diri, sedar bahawa anda tidak tahu segala-galanya. Sekiranya anda bertindak bijak, anda mungkin keberuntungan yang akan menjadikan anda atlet yang lebih baik," kata Ronaldo.

"Di Juve, saya menyesuaikan diri dengan sempurna. Mereka melihat saya tidak bermasalah dengan berkata 'dia adalah Cristiano dan dia adalah dia kerana dia akan menjaga dirinya'. 

"Saya bercakap dan melaksanakannya. (Kalau tidak) mengapa saya memenangi lima Ballon d'Or dan lima UCL?"

Dengan gelaran Serie A sudah pun disahkan, Juve akan menyambut Torino di laman sendiri dalam pertembungan 'derby', awal pagi esok. 


 

Advertisement

Must Watch Video