Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo sasar lebih trofi dengan Juventus

cristiano-ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo akan melakukan segala yang termampu untuk menjadikan musim depan sebagai musim yang akan diingati oleh Juventus selepas kempen pertama yang tidak menentu sejak menyertai kelab Turin itu daripada Real Madrid.

Penyerang Portugal itu memenangi kejuaraan Serie A 2018-19 dan dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP)| liga itu selepas menghasilkan 21 gol dan lapan bantuan jaringan.

Namun, dia gagal membantu pasukannya untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas Juve tersingkir di tangan Ajax dalam suku akhir -- walaupun dia menjaringkan hatrik ketika menewaskan Atletico Madrid dalam pusingan sebelumnya -- selain disingkirkan Atalanta dalam Coppa Italia di peringkat sama.

Ronaldo, yang sedang menikmati cuti tambahan di Madeira sebelum menyertai latihan pra-musim Juve, sudah bersedia untuk memenangi lebih banyak koleksi trofi selepas menjuarai Liga Negara-Negara Eropah bersama Portugal.

"Saya berbangga untuk berada di sini (Madeira), untuk bersama keluarga saya. Saya akan berada di sini untuk dua hari lagi," katanya kepada O Jogo.

"Saya sentiasa bersedia untuk musim yang hebat.

"Sasarannya adalah untuk memberikan yang maksimum bagi mencuba memenangi trofi," katanya.

Juventus, yang kini dikendalikan bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, akan berdepan Tottenham Hotspur dalam aksi persahabatan pra-musim, 21 Julai ini.

Advertisement

Must Watch Video