Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, mengulangi kenyataan agar penyokong berhenti daripada mengejeknya selepas membantu pasukannya dalam kemenangan meyakinkan dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara ke atas Atletico Madrid.
Ronaldo meledak hatrik -- buat kali ketujuh dalam saingan Eropah -- di Santiago Bernabeu pada awal pagi tadi untuk memberi inspirasi kepada juara menanti itu untuk melakar kemenangan 3-0, sekaligus meletakkan skuad kendalian Zinedine Zidane itu sebelah kaki ke perlawanan akhir di Cardiff.
Penyerang Portugal itu menjadi subjek ejekan penyokong tuan rumah atas beberapa sebab pada musim ini tetapi dia tidak sabar-sabar menghentikannya.
"Saya ulangi sekali lagi, saya hanya mahu anda untuk tidak mengejek saya," kata Ronaldo kepada MEGA.
"Saya akan cuba memberikan yang terbaik seperti biasa."
Ronaldo membuka jaringan menerusi tandukan selepas hanya 10 minit permainan berlangsung sebelum dua gol lewatnya menyulitkan usaha Atletico untuk bangkit bagi meneruskan kejayaan ke atas lawan yang sama dalam final 2014 dan 2016.
Pemain berusia 32 tahun itu memuji rakan sepasukannya di atas persembahan menakjubkan menjelang aksi pusingan kedua, minggu depan.
"Pasukan ini amat memberangsangkan. Ini giliran saya untuk menjaringkan gol tetapi pasukan ini adalah luar biasa," kata pemain kelahiran Portugal itu.
"Ia perlawanan yang sempurna, kami memiliki kelebihan yang baik tetapi ia belum berakhir.
"Atletico merupakan pasukan yang hebat, kami harus berhati-hati."