Cristiano Ronaldo memuji Zinedine Zidane di atas pengurusan pasukan Real Madrid musim ini tatkala mereka hanya memerlukan satu mata lagi bagi menjuarai LaLiga selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Celta Vigo, awal pagi tadi.
Madrid mempamerkan aksi profesional di Galicia dan berjaya mengetepikan cabaran daripada Celta -- yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam babak kedua setelah Iago Aspas menerima layangan kad kuning kedua.
Karim Benzema dan Toni Kroos memastikan Celta terdiam dengan pertambahan dua gol, namun Ronaldo yang mencuri tumpuan terlebih dahulu apabila dua golnya memastikan Madrid dalam perjalanan meraih kejuaraan liga pertama sejak 2012.
Pemain bintang Portugal itu memberikan penghormatan kepada Zidane di atas kejayaan mengendalikan sebuah skuad dengan menggabungkan pemain muda dan berpengalaman.
"Zidane menguruskan pasukan dengan cukup mantap tahun ini," dia memberitahu wartawan. "Kami memiliki skuad yang mantap dibarisi pemain muda dan senior.
"Saya banyak mendapat rehat tahun ini dan kerana itulah saya berada di tahap terbaik memasuki hujung musim.
"Kami masih perlu menempuh satu lagi perlawanan, itu objektif kami. Kami adalah Real Madrid; kami perlu mempamerkan bahawa kami adalah pasukan yang terbaik."
Ronaldo hampir melengkapkan hatrik di hujung perlawann tetapi percubaan jarak dekatnnya gagal mengenai sasaran.
"Perkara seperti itu sentiasa berlaku. Manusia biasa sudah tentu akan melakukan kesilapan.
"Tetapi saya beraksi dengan baik dan membantu pasukan dengan gol, jadi saya sangat gembira."