Cristiano Ronaldo menjelaskan 'kekaguman abadi' terhadap Pele setelah bintang Juventus itu mengatasi jumlah jaringan legenda Brazil itu untuk menjadi pencetak gol terbanyak dalam sejarah.
Ronaldo meledak hatrik sempurna semalam untuk mencetus inpirasi Juve mengatasi Cagliari 3-1 dalam saingan Serie A untuk merekodkan 770 gol sepanjang kariernya.
Pele, yang menikmati 18 tahun bersama Santos sebelum bermain di Amerika Syarikat pada 1975, meledak 757 jaringan rasmi sepanjang kariernya, membantu Brazil memenangi tiga Piala Dunia.
Ronaldo mencapai bilangan tersebut Januari lalu, tetapi terdapat beberapa kekeliruan terhadap bilangan jaringan Pele setelah meledak 10 gol lagi yang boleh dikira dalam statistik rasmi -- sembilan daripadanya buat Sao Paulo State dan satu lagi buat Pasukan Ketenteran Brazil.
Oleh itu, Ronaldo menegaskan dia menunggu hingga melepasi 767 gol untuk meraikannya.
Sebelum posting Instagram Ronaldo, Pele telah menggunakan akaun Twitter rasminya untuk mengucapkan tahniah kepada bintang Portugal berusia 36 tahun itu.
"Cristiano, sungguh indah perjalanan yang anda lalui!" kata Pele menerusi Twitter.
"Saya sangat mengagumi anda dan ini bukan rahsia bagi sesiapa pun. Selamat berjaya memecahkan rekod gol saya dalam perlawanan rasmi. Saya meninggalkan gambar ini untuk penghormatan anda, dengan penuh kasih sayang, sebagai simbol persahabatan yang telah wujud selama bertahun-tahun."

@Cristiano, que bela jornada você está tendo! Eu te admiro muito e isso não é segredo para ninguém. Parabéns por quebrar o meu recorde de gols em partidas oficiais. Deixo essa foto em sua homenagem, com muito carinho, como símbolo de uma amizade que já existe há muitos anos. pic.twitter.com/PhjXIDP3P1
— Pelé (@Pele) March 14, 2021