Cristiano Ronaldo telah mengatasi Jimmy Greaves sebagai pemain paling prolifik di pentas liga Eropah selepas meledak gol ke-367 buat Real Madrid, awal pagi tadi.
Ronaldo membantu Real mengatasi Celta Vigo 4-1 dalam saingan LaLiga, sekaligus meletakkan skuad kendalian Zinedine Zidane itu kurang satu mata daripada mengecapi kejayaan domestik.
Selepas berhijrah ke England daripada Sporting Lisbon, Ronaldo membintangi Manchester United dan berjaya menyumbang 84 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Kini mencecah usia 32 tahun, Ronaldo langsung tidak membiarkan umur menjadi penghalang apabila dua golnya berdepan Celta merupakan yang ke-283 dalam 264 penampilan.
Penyandang anugerah Ballon d'Or itu turut merasai prestasi terbaiknya memasuki hujung musim -- dengan gol di Balaidos merupakan yang ke-12 selepas lapan perlawanan, sekaligus mengatasi rekod Greaves.
Greaves -- bekas penyerang Tottenham, Chelsea, AC Milan dan West Ham United -- merupakan pemain bintang pada era 50-an dan 60-an dan telah pun memegang rekod itu sejak 1971.