Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo pasang niat juarai UCL bersama Juventus

cristianoronaldo_1.jpg
Cristiano Ronaldo memasang impian untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) bersama Juventus dan menasihatkan rakan-rakan sepasukannya supaya memberikan tumpuan setiap kali
beraksi.


Memenangi kejuaraan terbesar dalam saingan kelab di peringkat Eropah sekali bersama Manchester United dan empat kali bersama Real Madrid, Ronaldo kini berpeluang untuk menjadi pemain kedua menjulang trofi tersebut bersama tiga kelab berbeza selepas Clarence Seedorf.

Kejayaan kali terakhir Juventus dalam saingan UCL adalah pada 1996 ketika menewaskan Ajax dalam final dan sejak itu, mereka sekadar muncul naib juara sebanyak lima kali.

Ronaldo berazam untuk untuk mengembalikan zaman kegemilangan Bianconeri dalam saingan Eropah tetapi harus diingatkan ia bukan satu-satunya tumpuan bagi musim ini.

"Saya mahu memenangi UCL bersama Juve.

"Kami akan berusaha dan mengambil langkah demi langkah untuk mencapainya. Jika bukan tahun ini, tahun depan atau dalam tempoh tiga tahun.

"Tumpuan kelab ini masih lagi untuk menjuarai Serie A, Coppa Italia dan mencuba yang terbaik dalam UCL," katanya.

Persembahan cemerlang Ronaldo dalam UCL telah menarik banyak perhatian di Turin musim lalu, dengan sepakan guntingnya ketika meraih kemenangan 3-0 buat Real di Stadium Allianz berjaya memukau semua pihak.

Pemain berusia 33 tahun itu yakin penghormatan yang diraih dalam perlawanan itu menjadi faktor dia memilih untuk menyertai Juventus.

"Saya boleh mengatakan terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya memilih Juve. Stadium ini banyak membantu saya.

"Malangnya, jaringan yang dihasilkan sebelum ini adalah untuk kelab terdahulu saya tetapi ia telah berlalu. Pada pendapat saya, ia merupakan jaringan terbaik dalam karier saya.

"Apabila seluruh penonton memberikan tepukan kepada saya, ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan. Mengejutkan saya kerana ia tidak pernah berlaku dalam hidup saya.

"Saya akan terus berusaha gigih bagi menampilkan permainan terbaik untuk kelab ini dan mencipta sejarah baru."

Advertisement

Must Watch Video