Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo masih pemain terbaik dunia -- Nani

cristiano-ronaldo.jpg
Bekas pemain kebangsaan Portugal, Nani, berasakan Cristiano Ronaldo masih lagi pemain terbaik dunia walaupun tidak mencapai tahap terbaik bersama Juventus.

Ronaldo membantu Juve menjuarai Serie A dan Piala Super Itali dalam musim pertamanya di Turin dengan menjaringkan 28 gol dalam 43 perlawanan sepanjang musim.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d'Or lima kali itu sekadar merekodkan bilangan jaringan terendah sejak 2008-09 apabila meledak 26 gol untuk Manchester United.

Tetapi Nani – kini bermain bersama kelab MLS, Orlando City –- tidak meragui Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia.

"Ia merupakan musim yang berjaya buat Ronado. Saya berasakan dia telah melakukan yang terbaik," katanya.

"Bukan senang untuk bermain di Itali kerana mereka lebih taktikal di sana dan permainan lebih bersifat bertahan.

"Dia telah menjaringkan banyak gol, kekal sebagai pemain terbaik dunia."

Ketika Juve merangkul gelaran kelapan Serie A, mereka sekali lagi ketinggalan untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pertama sejak 1996 apabila tewas kepada Ajax dalam suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video