Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo ledak gol ke-400 buat Real Madrid

15517cristiano-ronaldo.jpg
Satu lagi pencapaian berjaya dicipta oleh Cristiano Ronaldo, selepas pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan gol ke-400 buat Real Madrid.

Ronaldo mencipta rekod tersebut selepas meledak gol kedua ketika berdepan Sevilla semalam dalam usaha membantu skuad kendalian Zinedine Zidane itu untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) dan LaLiga.

Jaringan hatrik dalam separuh akhir pertama berdepan Atletico Madrid awal bulan ini menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu semakin hampir melakar rekod tersebut.

Pemain termahal dunia itu yang berhijrah ke Santiago Bernabeu daripada Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak GBP80 juta pada 2009, Ronaldo kini merupakan penjaring terbanyak buat Real dan UCL. Dia kini mengekori pemain Barcelona dalam saingan penjaring terbanyak LaLiga sepanjang zaman.

Bekas pemain Sporting Lisbon itu telah memenangi takhta LaLiga sekali, dua gelaran UCL dan Copa del Rey dua kali di Madrid di samping menempah kejayaan di pentas antarabangsa bersama Portugal dalam Euro 2016.

Advertisement

Must Watch Video