Selepas diketepikan dalam empat perlawanan LaLiga bersama Real, Cristiano Ronaldo kembali di dalam pasukan untuk perlawanan berdepan Celta Vigo di Balaidos, awal pagi esok.
Pengendali pasukan, Zinedine Zidane, membuat banyak pertukaran dalam beberapa minggu ini bagi memastikan pemain-pemain cergas menghadapi perlawanan penting dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) serta memastikan mereka masih di dalam perebutan takhta LaLiga.
Ronaldo direhatkan bagi perlawanan berdepan Leganes, Sporting Gijon dan Granada ketika Real menghadapi saingan peringkat suku akhir dan separuh akhir UCL.
Bagaimanapun, Zidane berkata pemain kebangsaan Portugal itu akan kembali di dalam kesebelasan utama bagi mencari tiga mata penuh untuk memintas Barcelona.
"Ronaldo akan diturunkan," kata Zidane.
Ronaldo, bersama-sama Isco dan Lucas Vazquez, akan digantung dalam perlawanan terakhir LaLiga jika mereka dilayangkan kad kuning di Balaidos.
Walaupun mungkin kehilangan tonggak utama pasukan di La Rosaleda (bertemu Malaga), Zidane dilihat tidak bimbang mengenai perkara itu.
"Jika mereka akan diturunkan, mereka perlu beraksi. Kami akan cuba yang terbaik untuk mengelak daripada layangan kad kuning.
"Kami akan memberikan yang terbaik untuk menghadapi perlawanan terakhir. Kami belum memenangi apa-apa lagi."