Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo julang pengalaman dimiliki Real Madrid

cristianoronaldo-cropped_1pdfzwstnyeil1ft6kxjrlw2pi.jpg
ATLETICO MADRID 2 (2) REAL MADRID 1 (4)

Cristiano Ronaldo berkata pengalaman yang dimiliki Real Madrid menjadi penentu dalam kejayaan mengatasi Atletico Madrid di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Hatrik Ronaldo dalam aksi separuh akhir pertama minggu lalu meletakkan Los Blancos dalam kedudukan selesa menjelang aksi di Stadium Vicente Calderon.

Meskipun Atletico menampakkan tanda-tanda kebangkitan menerusi gol Saul Niguez dan Antoine Griezmann dalam tempoh 16 minit pertama perlawanan, skuad kendalian Diego Simeone kemudian dikecewakan dengan gol Isco tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Ronaldo mengakui gol Isco menjadi saat penting dalam pertemuan itu.

"Kami sedar dengan satu gol sahaja kami akan menamatkan perlawanan. Kami memiliki pengalaman yang lebih besar dan kami membuktikannya di atas padang," Ronaldo memberitahu El Larguero.

Kapten Portugal itu telah membuat beberapa sumbangan besar berbanding mana-mana pemain lain dalam kejohanan tersebut apabila telah pun menyumbat 10 gol dan enam bantuan jaringan untuk membantu Real mara ke final ketiga dalam tempoh empat tahun.

Dengan hanya Juventus menjadi penghalang terakhir bagi Real menjadi pasukan pertama dalam sejarah untuk mempertahankan kejuaraan, Ronaldo percaya mereka berada dalam landasan kejayaan.

"Apa sahaja boleh berlaku tetapi berdasarkan apa yang saya lihat, kami memiliki skuad yang kuat," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video