JUVENTUS 1 TORINO 1
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada enam minit terakhir perlawanan untuk Juventus mengikat Torino 1-1 dalam aksi 'derby' Turin di Stadium Allianz, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Walter Mazzarri, Torino, di laluan tepat untuk menewaskan juara Serie A itu buat kali pertama sejak 1995 selepas Sasa Lukic membuka jaringan dalam babak pertama.
Ronaldo -- yang hampir memecah kebuntuan sebelum waktu rehat -- menjaringkan gol pada lewat permainan dengan menanduk masuk bola dari jarak enam ela bagi mengekalkan rekod tanpa kalah pasukannya di laman sendiri sepanjang musim ini.
Di sebalik jaringan itu, kempen skuad Bianconeri itu terus bergelut dengan aksi mengecewakan sejak kemenangan ke atas Fiorentina, 20 April lalu -- kemenangan yang mengesahkan kejuaraan Serie A kelapan berturut-turut -- yang juga satu-satunya kemenangan dalam enam perlawanan terakhir.
Torino bermula dengan penuh yakin selepas Andrea Belotti menguji penjaga gol Juve, Wojciech Szczesny, menerusi percubaan tepat pada minit ke-18.
Selepas tertekan dengan lontaran ke dalam Joao Cancelo, Miralem Pjanic kehilangan bola dalam kawasan penalti sebelum Lukic melepaskan rembatan dari jarak 12 ela yang menewaskan Szczesny.
Jaringan itu membangkitkan tuan rumah daripada mimpi mereka dengan melancarkan dua serangan yang hampir menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu -- sepakan voli Blaise Matiuidi ditolak keluar Salvatore Sirigu dan percubaan Ronaldo dari jarak 25 ela tersasar.
Leonardo Spinazzola menghasilkan rembatan dari jarak 20 ela yang tersasar buat skuad kendalian Massimiliano Allegri itu pada sejam perlawanan manakala percubaan rendah Moise Kean pada minit ke-77 terlalu hampir dengan Sirigu.
Ketika Torino kian menghampiri kemenangan bersejarah itu, Ronaldo melonjak jauh di 'back post' untuk menyudahkan hantaran lintang Spinazzola dari sebelah kiri untuk melengkapkan gol liganya yang ke-21 musim ini.