Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo hasilkan satu lagi rekod baru dalam Liga Juara-Juara

ronaldo-030517-2.jpg
Cristiano Ronaldo muncul pemain sulung menjaringkan 50 gol di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara apabila mencetak hatrik ketika menentang Atletico Madrid, awal pagi tadi. 

Bintang Real Madrid itu menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-10 di Santiago Bernabeu untuk memberikan juara bertahan itu kelebihan 1-0 ke atas musuh setempat itu.

Ia menjadi mercu tanda terbaru yang dicapai oleh pemenang Anugerah Ballon d'Or sebanyak empat kali itu dalam pertandingan utama Eropah selepas merakamkan lima gol dalam dua perlawanan terakhir ketika menentang Bayern Munich dalam pusingan sebelum ini.

Dua gol dalam kemenangan 2-1 di Allianz Arena menyaksikan Ronaldo meraikan golnya yang ke-100 dalam saingan Eropah dan pemain berusia 32 tahun itu terus memahat nama selaku penjaring untuk melewati angka itu apabila mencetak hatrik dalam aksi timbal balik pula.

Selepas Ronaldo, pesaing terdekatnya adalah tonggak Barcelona, Lionel Messi, yang mempunyai rekod 37 gol dalam sejarah di peringkat kalah mati manakala pemain Bayern, Thomas Muller, di tempat ketiga dengan 19 gol. 

Advertisement

Must Watch Video