Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo harus menang Ballon d'Or setiap tahun -- Ancelotti

cristiano-ronaldo.jpg
Menurut bekas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, Cristiano Ronaldo seharusnya sentiasa mengatasi pesaing seperti Lionel Messi untuk memenangi Ballon d'Or.

Ronaldo dan Messi mendominasi anugerah tersebut selama sedekad dengan lima gelaran setiap seorang tetapi berdepan saingan sukar bagi tahun 2018.

Pemain tengah Real, Luka Modric, diangkat sebagai Pemain Terbaik FIFA selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan meraih Bola Emas di atas persembahannya membawa Croatia ke final Piala Dunia manakala Antoine Griezmann dan Mohamed Salah turut dicanang sebagai pilihan.

Ancelotti -- yang mengendalikan Napoli berdepan Ronaldo dan Juventus dalam saingan Serie A malam ini -- tidak memiliki sebarang keraguan siapa yang berhak memenangi anugerah tersebut.

"Saya berterima kasih kepada Ronaldo tanpa mengira setiap jaringan yang dilakukannya untuk memenangi UCL (ketika bersama Real)," kata Ancelotti.

"Saya gembira kerana dia kini beraksi di Itali. Ronaldo telah meningkatkan keselurahan pasukan dan saya berasakan dia berhak memenangi Ballon d'Or dalam setiap musim."

Ancelotti, bagaimanapun, berkata perlawanan Napoli berdepan juara Serie A itu tidak seharusnya dipandang sebagai persaingan dalam kalangan pemain bintang kedua-dua pasukan.

"Dengan adanya televisyen dan video, tiada rahsia dalam bola sepak. Massimiliano Allegri adalah seorang jurulatih yang berkualiti.

"Perlawanan ini bakal melibatkan Juve lawan Napoli, bukan Ronaldo lawan Lorenzo Insigne. Pasukan mana yang menampilkan permainan cemerlang akan memenangi perlawanan," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video