Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo harap dapat kembali ke Madrid

cristianoronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo berharap untuk kembali ke Madrid selepas bintang Juventus itu menerima anugerah Marca Leyenda.

Pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo, diberikan penghargaan di Madrid atas kejayaannya sebagai pemain bola sepak profesional di samping status yang diraihnya pada kaca mata dunia.

Pemain berusia 34 tahun itu menikmati tempoh yang cemerlang di Madrid sebelum menyertai Juve bagi musim 2018-19, apabila menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu dengan 450 gol dalam 438 penampilan.

Ronaldo turut menjulang empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan dua trofi LaLiga sepanjang beraksi di Santiago Bernabeu.

Selepas menerima anugerah Marca Leyenda, bekas penyerang Manchester United, Ronaldo, memberitahu wartawan: "Saya berasa sedih ketika meninggalkan Real Madrid.

"Saya merindui Manchester dan Madrid tetapi di atas banyak perkara yang berlaku sepanjang berada di Madrid, anak-anak saya dilahirkan di sini, jadi saya lebih merindui Madrid.

"Trofi ini sangat cantik dan sesuai berada di dalam muzim saya. Madrid merupakan tempat yang sangat istimewa."

Ronaldo berjaya menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak Itali, dengan membantu gergasi Itali itu menjulang gelaran Scudetto yang kelapan berturut-turut musim lalu.

Penyerang veteran itu telah menjaringkan 28 gol dalam semua kejohanan musim lalu, lapan daripadanya hadir daripada saingan liga.
 

Advertisement

Must Watch Video