Bekas Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Marco Fassone, mendakwa Cristiano Ronaldo terbuka untuk berhijrah ke San Siro sebelum menyertai juara Serie A, Juventus, musim lalu.
Ronaldo meninggalkan gergasi LaLiga, Real Madrid, untuk menyertai Juve musim lalu, namun terdapat minat daripada Milan untuk mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Portugal itu.
Bekas Pengarah Sukan, Massimiliano Mirabelli, turut mendakwa Ronaldo sudah hampir ke Milan sebelum bekas pemilik -- diketuai oleh Li Yonghong – menghalang perjanjian tersebut untuk melindungi nilai dana Pengurusan Elliott dengan mengambil alih kawalan pasukan Itali itu.
Dan Fassone, yang mengikut Mirabelli keluar dari Milan di atas pengambilalihan itu pada Julai tahun lalu, menyokong tuntutan tersebut.
"Presiden mahukan Ronaldo tetapi tanda nilainya memberitahu kami ia tidak boleh dirunding," kata Fassone kepada Sportitalia.
"Ronaldo terbuka untuk menilai sebarang peluang, dengan Milan yang memiliki rekod sebagai kelab ternama dan suasana pasukan mula memiliki semangat untuk bangkit.
"Bagaimanapun, selepas membuat pengiraan terhadap perbelanjaan kami, potensi untuk melihat Ronaldo ke Milan menjadi tipis."
Bekas pemilik itu sebelum ini telah berbelanja besar bagi musim 2017-18 apabila mendapatkan khidmat Leonardo Bonucci, Andre Silva, Hakan Calhanoglu, Andrea Conti, Mateo Musacchio, Ricardo Rodriguez, Lucas Biglia, Franck Kessie, Nikola Kalinic dan Fabio Borini dalam usaha untuk menjadikan pasukan itu mampu kembali mencabar takhta liga.
Bonucci hanya semusim bersama pasukan itu sebelum kembali ke Juventus dan Fassone berkata, "Bonucci merupakan satu kesilapan.
"Apabila kami menandatangani Bonucci dari Juventus, kami telah membeli lapan atau sembilan pemain. Strategi kami adalah membentuk skuad menggunakan formasi 4-3-3, jadi pertahanan tidak seharusnya ditambah lagi. Kekurangan kami adalah penyerang pada ketika itu.
"Pilihan kami akhirnya adalah cuba mendapatkan ketua dalam bilik persalinan, namun usaha kami gagal."
Milan menandatangani penyerang Portugal, Silva dari Porto dalam jendela perpindahan itu sementara turut dikaitkan bakal membawa semula Pierre-Emerick Aubameyang kembali ke San Siro sebelum dia meninggalkan Borussia Dortmund untuk ke Arsenal.
"Aubameyang merupakan sasara kami. Bagaimanapun, agak rumit untuk berbincang dengan kelab Jerman," jelasnya.
Milan sedang membuat persiapan bagi musim 2019-20 di bawah kendalian Marco Giampaolo selepas Gennaro Gattuso meletakkan jawatan berikutan mereka menamatkan saingan Serie A di tempat kelima musim lalu.