Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos, berkata keputusan kad merah Cristiano Ronaldo kerana sengaja merebahkan badan adalah silap dalam kemenangan 3-1 mereka ke atas Barcelona dalam pertemua pertama Supercopa de Espana, awal pagi tadi.
Ronaldo, yang tampil sebagai pemain gantian dan menyumbat gol kedua, dihukum kerana menanggalkan jersinya sebelum mengutip kad kuning kedua kerana menjatuhkan badan ketika diasak oleh Samuel Umtiti, dua minit kemudian.
Pemain berusia 32 tahun itu juga menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea, dari belakang ketika menuju keluar padang. Ini bermakna dia mungkin berdepan penggantungan lebih berat, sekaligus akan mengetepikannya daripada perlawanan pembukaan LaLiga.
Ramos tidak percaya Ronaldo sengaja menolak pengadil, sebaliknya mendakwa pemain itu boleh membuat rayuan terhadap kad merahnya.
"Dia berada jauh dari saya. Saya berasakan pada ketika itu dia hilang imbangan badan dan dia tidak berpura-pura," kata Ramos kepada AS.
"Hukuman itu boleh dirayu kerana ia membuatkan kami kehilangan tonggak utama dalam tempoh 10 minit. Kami harus mempertimbangkannya lagi."
Terdahulu, Ramos sempat bertelingkah dengan Luis Suarez berikutan penyerang Barca itu memenangi penalti walaupun hanya menerima sedikit sentuhan daripada penjaga gol, Keylor Navas.
"Dalam pertembungan seperti ini, keadaannya penuh tegang," kata Ramos.
"Bagi saya, ia bukan penalti. Saya tidak fikir pengadil akan meniupkan wisel jika tidak melihat sesuatu, beliau mungkin melihatnya dengan jelas. Bagi saya, ia tiada apa-apa."
Lionel Messi memadamkan kelebihan lawan yang dimiliki ekoran gol sendiri Gerard Pique sebelum jaringan Ronaldo dan Marco Asensio mengesahkan kemenangan buat pelawat.
Ramos gembira dengan Asensio dan pemain tengah, Mateo Kovacic, yang menampung ketiadaan Luka Modric yang digantung.
"Saya sangat gembira dengan Asensio, saya mengucapkan tahniah. Dia semulajadi berbakat dan setiap kali dimasukkan mencetuskan kelainan," tambah Ramos.
"Kovacic menjalankan kerja kotor yang orang lain tidak nampak dan dia melakukannya dengan cukup baik sekali.
"Saya gembira dengan perlawanan ini. Kami sedang berjuang untuk meraih trofi dan ini adalah langkah penting."