Cristiano Ronaldo telah membuat permintaan kepada Juan Cuadrado untuk menyarung jersi nombor 7 bersama Juventus.
Ronaldo menyempurnakan perpindahan menyertai juara Serie A itu bulan lalu dan meneruskan tradisi di Manchester United, Real Madrid dan Portugal untuk menyarung jersi nombor 7.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah memiliki jenama "CR7" dan dan pemain sayap Colombia, Cuadrado, dengan berbesar hati membenarkan Ronaldo mengambil nombor jersi tersebut.
"Sememangnya, ia adalah nombor kegemaran saya," kata Ronaldo.
"Saya bercakap dengan kelab dan telah berbincang dengan Cuadrado (pemilik nombor 7 Juventus sebelum ini).
"Dia memberitahu, 'Untuk saya, ia bukan satu masalah. Saya berbesar hati untuk memberikan nombor 7 ini kepada anda, jersi saya'.
"Saya agak terkejut kerana kelab telah membantu saya dan Cuadrado menerimanya dengan terbuka," ujarnya.
Cuadrado, yang kini menggunakan jersi nombor 16, turun beraksi bersama Ronaldo dalam aksi pembukaan Serie A ketika mengatasi Chievo 3-0.