UCL
Ronaldo bakal turun berdepan Ajax -- Allegri
Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, yakin Cristiano Ronaldo sempat cergas untuk berdepan Ajax dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi |Khamis ini.
Ronaldo, yang tidak tampil beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili Portugal dalam saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Serbia bulan lalu, terlepas kemenangan 2-1 ke atas AC Milan, awal pagi tadi.
Juve akan berkunjung ke Amsterdam, Khamis ini, dan pemain berusia 34 tahun itu bakal diturunkan berdepan kelab gergasi Belanda, Ajax.
Iklan
"Ronaldo sentiasa berasa bersedia. Tetapi saya memberitahunya untuk berehat. Kami yakin dia akan beraksi berdepan Ajax," kata Allegri.
Dalam sidang media pasca-perlawanan, Allegri berkata lagi, "Ronaldo semakin pulih, kami memiliki pleuang untuk menyaksikan dia beraksi bertemu Ajax.
"Ada empat hari lagi untuk meningkatkan peluangnya untuk pulih dan beraksi."
Ronaldo menyerlah sejak berhijrah dari Real Madrid pada permulaan musim ini dengan meledak 19 gol dalam Serie A dan 24 untuk semua kejohanan.
Must-Watch Video