Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo akan kembali berdepan Ajax, kata Allegri

ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo cergas untuk memperkuatkan Juventus sempena pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan Ajax, awal pagi esok. 

Pengurus, Massimiliano Allegri, mengesahkan pemain berusia 34 tahun itu sudah pulih daripada kecederaan paha yang dialaminya ketika mewakili Portugal, bulan lalu.

"Cristiano telah berlatih dengan baik dan akan memulakan permainan malam esok," kata Allegri dalam sidang akhbar semalam untuk aksi di Johan Cruijff Arena itu.

Ronaldo belum dapat diturunkan bersama peneraju Serie A itu sejak meledak hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid dalam pusingan 16, 12 Mac lalu.

Allegri juga mengesahkan sama ada Sami Khedira atau Rodrigo Bentancur akan bermula di bahagian tengah manakala khidmat Emre Can terpaksa dilupakan akibat kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pemain tengah Jerman itu di landasan tepat untuk cergas bagi aksi timbal balik di Turin, minggu depan. 

"Dia berada dalam keadaan yang baik dan saya berharap untuk memilikinya dalam pertemuan kedua," kata Allegri.

 

Advertisement

Must Watch Video