Pemain Brazil, Ronaldinho, secara rasminya akan bersara pada tahun ini dan majlis perpisahannya dirancang akan dilakukan secara besar-besaran.
Bekas pemain Barcelona dan pemenang Piala Dunia 2002 itu mendedahkan dia mahu bermain sepuas-puasnya tahun ini selepas kali terakhir muncul secara kompetitif dengan Fluminense pada 2015.
Dalam satu temubual dengan Globo, abang dan ejen kepada Ronaldinho, Roberto Assis, mengesahkannya dengan siri jelajah dunia sedang diusahakan.
"Dia akan bersara daripada bola sepak, ia sudah berakhir," kata Assis. "Mari kita buat sesuatu yang baik (perpisahannya), besar seperti yang sepatutnya selepas Piala Dunia 2018, mungkin pada Ogos.
"Kami akan melakukan beberapa acara di sekitar Brazil, Eropah dan Asia. Kami juga mengatur sesuatu dengan pasukan kebangsaan Brazil.
"Penaja jangka panjang (Ronaldinho), Nike, bersama kami dalam projek ini, belum ada butiran lanjut lagi.
"Buat masa ini, kami mengatur program, jadualnya. Selepas dia menjadi duta Barcelona selama 10 tahun, faktor itu akan banyak membantu di luar negara.
"Sudah ada tiga acara yang diatur -- Mexico akan menjadi yang seterusnya pada 1 Mac nanti," katanya.
Ronaldinho menyarung jersi Brazil sebanyak 97 kali dengan meledak 33 gol -- termasuk dua dalam Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan pada 2002.
Dia menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dari Gremio untuk memulakan kerjayanya di Eropah sebelum berkembang pesat di Barcelona di antara 2003 hingga 2008.
Ronaldinho sempat meraih gelaran LaLiga pada 2005 dan 2006, termasuk Liga Juara-Juara pada musim berikutnya.
Dia berada di puncak karier ketika ditabalkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or pada 2005 tetapi kurang menyerlah selama tiga tahun bersama AC Milan sungguhpun skuad itu turut dibarisi barisan bintang-bintang seperti Paolo Maldini, Kaka dan David Beckham.
Ronaldinho meninggalkan San Siro pada pertengahan musim 2011 ketika mereka memenangi gelaran Serie A pada penghujung musim untuk kembali ke negaranya bersama Flamengo.
Dia juga sempat berkelana ke Atletico Mineiro dan di Mexico bersama Queretaro.