Ketika ramai yang menantikan kelibat penyerang KL City FC, Romel Morales, menyarung jersi skuad kebangsaan, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), memberikan bayangan buat peminat bola sepak tanah air.

Sehingga kini, masih tiada lagi keputusan rasmi Morales bakal bertindak sebagai pemain naturalisasi sekaligus bakal menyertai skuad kebangsaan.

Penyerang berusia 26 tahun itu dijangka bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru negara selepas Mohamadou Sumareh, Lee Tuck, Guilherme de Paula, Endrick Dos Santos, Liridon Krasniqi, Sergio Aguero, and Paulo Josue, 34.

Menerusi ruang komen di laman sosial Instagram, Tunku Ismail memberikan bayangan yang cukup untuk menghadirkan tanda tanya buat masa depan pemain kelahiran Colombia itu.



Malaysia bakal beraksi dalam Piala Asia di Qatar bermula 16 Januari selepas diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain serta Korea Selatan.