Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, memberi bayangan perubahan falsafah dan struktur Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) akan mempengaruhi kelibat Lim Teong Kim jika NFDP diselia badan induk itu.
Sebelum ini, FAM tiada jawapan pasti terhadap kedudukan Teong Kim andai NFDP berada di bawah seliaan FAM.
Stuart tampil lebih jelas bahawa kedudukan pengendali tersebut bergantung kepada aspek perubahan bagi penelitian semula Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Tambah Stuart, segala aspek akan diambil kira, bermula soal gaji selain kebolehan pengendali itu berada dalam sebuah pasukan yang besar untuk menerajui program bersifat nasional ini.
"Isu gaji itu bukan sahaja dibangkitkan di FAM, malah KBS telah memaklumkan perbincangan itu akan membabitkan aspek kerjasama sepasukan, kepimpinan, penyertaan dan sejauh mana hubungan latar belakang program itu dengan Lim Teong Kim," katanya.
Penelitian khusus akan dilakukan Jawatankuasa Teknikal Bolasepak Belia yang diterajui Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal, dan proses berkenaan masih dalam perbincangan melibatkan KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Sebelum Kejohanan AFC B-16 lagi, KBS dan MSN ada membincangkan soal keperluan NFDP.
"Program ini memang berat daripada segi kos operasi dan tenaga kerja," katanya.