Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo, menafikan James Rodriguez semakin hampir menyertai pasukannya sambil menegaskan tiada sebarang perbincangan dilakukan untuk pemain tengah Real Madrid itu.
Rodriguez dilaporkan bakal menuju ke Napoli secara pinjaman, namun kegagalan kedua-dua pasukan mencapai persetujuan membuatkan Atletico kini muncul selaku pilihan utama.
Rodriguez sedia untuk meninggalkan Madrid selepas dua tahun dipinjamkan ke Bayern Munich yang memilih untuk tidak mendapatkannya secara tetap selepas tamat musim lalu.
Ditanya mengenai bintang Colombia itu, Cerezo memberitahu wartawan: "Atletico berminat dengan pemain hebat. Rodriguez seorang pemain hebat tetapi tiada sebarang usaha untuk dia datang ke sini.
"Perbincangan? Tiada."
Atletico dilihat sibuk dalam jendela perpindahan selepas mencipta rekod sewaktu membawa masuk bintang muda Portugal, Joao Felix, sambil turut mendapatkan Marcos Llorente, Hector Herrera, Felipe, Renan Lodi dan Ivan Saponjic setelah melepaskan Antoine Griezmann, Rodri, Lucas Hernandez dan Diego Godin.
Skuad kendalian Diego Simeone itu tampak masih belum selesai tatkala bek kanan Tottenham Hotspur, Kieran Trippier, dan pertahanan Espanyol, Mario Hermoso, semakin hampir ke ibu kota Sepanyol itu.
"Kami telah mendapat beberapa pemain baru dan ada yang masih dalam perbincangan," tambah Cerezo.
"Perbincangan boleh berakhir dengan baik atau sebaliknya tetapi itu lumrah.
"Segalanya berjalan lancar, pasukan berlatih dengan baik, menyesuaikan diri dengan bagus dan sangat gembira di Los Angeles de San Rafael. Kini, kami menunggu musim baru untuk bermula."