Skip to main content

Bola Sepak

Rodrigues buat Sang Penyu menangis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giancarlo-rodrigues.jpg
TERENGGANU FC 1 PKNP FC 2

Satu gol Giancarlo Rodrigues dalam setiap babak membantu PKNP FC untuk meraih kemenangan berharga 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, sebentar tadi.


Jaringan itu menyaksikan penyerang pinjaman dari PJ City FC itu terus berbisa dengan enam gol daripada tiga perlawanan terakhir.

Pada awal permainan, penonton dihidangkan dengan gerakan penyerang TFC, Kipre Tchetche, hasil lambungan Sanjar Shaakhmedov pada minit ketujuh, namun dihalang pertahanan lawan.

PKNP kemudian melancarkan serangan dari sebelah kanan dengan sepakan pemain sayap, M. Ganesan, (m-13) tepat ke arah penjaga gol, Wan Muhamad Azraei Wan Teh.

Peluang terbaik TFC hadir seminit selepas itu apabila hantaran pendek Shaakhmedov gagal disudahkan Khairul Izuan Rosli yang sudah berada di dalam kotak penalti.

Kubu tuan rumah dicemaskan tandukan Rodrigues (m-31) yang dinafikan Azraei sebelum percubaan Yashir Pinto dalam kotak penalti (m-36) sekadar tinggi.

Pintu gol TFC akhirnya bocor pada minit ke-45 menerusi Rodrigues yang menyudahkan sepakan penalti susulan kekasaran Ahmad Syamim Yahya ke atas Ganesan.

Hanya seminit bersambung dalam babak kedua, PKNP menjarakkan kedudukan apabila Rodrigues menyambar hantaran Ganesan untuk menewaskan Azraei buat kali kedua.

Memasuki minit ke-72, Syamim menebus kesilapannya dalam babak pertama apabila menyambar hantaran pemain gantian, Ashari Samsudin, untuk merapatkan kedudukan 1-2.

Jaringan itu, begitupun, tidak cukup untuk mencetuskan kebangkitan TFC, sekali gus membenarkan PKNP pulang ceria ke Manjung.

Kredit foto: PKNP FC

Keputusan lain: 

Liga Super

MELAKA 3 SELANGOR 4

KUALA LUMPUR 2 KEDAH 1 


Liga Perdana

SARAWAK 1 KELANTAN 1

SELANGOR UNITED 2 SABAH 1

PULAU PINANG 1 UKM 1


 

Advertisement

Must Watch Video