Skip to main content

Bola Sepak

Rodrigo Holgado hargai penyokong, rakan sepasukan dalam kem negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hol.jpg
Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado, yang tampil dengan cemerlang ketika membantu skuad kebangsaan menundukkan pasukan kebangsaan Vietnam.

Harimau Malaya mencatat kemenangan 4-0 ke atas Naga Emas itu dalam perlawanan peringkat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

Holgado muncul watak penting dengan menjaringkan gol kedua buat skuad Peter Cklamovski ketika membenam pasukan kendalian Kim Sang-Sik.

 



Dalam satu hantaran di media sosial rasmi milik pemain penyerang kebangsaan itu, dia berterima kasih kepada penyokong dan rakan sepasukan ketika ketibaannya dalam pasukan.

"Malam yang diimpikan, sangat gembira dapat mewakili negara yang indah ini dan memenuhi impian dalam karier bola sepak saya. 

"Terima kasih kepada semua orang yang terlibat, rakan sepasukan saya atas sambutan, staf kejurulatihan dan semua yang negara yang indah ini yang membuatkan saya berasa gembira sejak dari minit pertama.

"Kepada America de Cali dan masyarakatnya di atas sokongan walaupun sedang berada dalam detik yang penting untuk meneruskan kejuaraan," katanya.

Dia turut berjanji akan sentiasa pertahankan jersi Harimau Malaya sehingga penghujung karienya.

"Saya berjanji sentiasa memberikan hidup saya untuk meneruskan kejuaraan dan saya sentiasa menepati janji saya untuk meneruskan kejuaraan dan rangkul gelaran itu." tambahnya.

Rodrigo pulang ke Colombia dengan beberapa jahitan di kepala untuk membantu pasukannya mengharungi perlawanan liga Categoria Primera A yang dijadual pada Jumaat ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video