Skip to main content

Bola Sepak

Rodgers: Saya masih pengurus tepat buat Leicester

brendan-rodgers.jpg
BOURNEMOUTH 1 LEICESTER 2 

Brendan Rodgers menegaskan dia masih merupakan pengurus yang tepat untuk memacu Leicester City keluar dari zon penyingkiran musim ini.  

Leicester dikerah untuk mengetepikan cabaran Bournemouth 2-1 di Stadium Vitality, awal pagi tadi, sekali gus menjadi kemenangan berturut-turut pertama pelawat dan meredakan sedikit tekanan yang dihadapi pengurus itu. 

"Saya tidak meraguinya. Kami cuma perlukan ketekalan," katanya selepas perlawanan. 

Rodgers, bagaimanapun, tidak menafikan masih banyak tugasan yang perlu diperincikan kepada anak buahnya selepas mereka mempamerkan kurang meyakinkan terutama dalam baki babak perlawanan itu. 




“Dalam separuh masa kedua, kami membuat terlalu banyak kesilapan dengan bola dengan memberikan penguasaan bola, bermain terlalu selamat, hantaran ke belakang. Kemudian kami tidak dapat membina apa-apa di sepertiga akhir kubu lawan, jadi ia prestasi yang mengecewakan dalam babak kedua," tambahnya.

"Kami memandangnya dengan sangat serius. Kami harus menjadi lebih baik, kami harus lebih kuat.




“Kami berada di kedudukan yang baik dalam babak kedua dan kami perlu menilainya.

"Kami mempunyai pemain yang secara teknikalnya sangat bagus tetapi kami terlalu kerap kehilangan bola.

"Apabila kami melakukannya dan melakukan beberapa kesilapan, maka liga ini akan menghukum anda sekiranya anda melakukan kesilapan kerana mana-mana pasukan sekalipun mampu mencederakan anda."

Advertisement

Must Watch Video