Leicester City dan Manchester United telah mencapai kata sepakat bernilai £80 juta (RM404.3j) untuk perpindahan pertahanan, Harry Maguire, demikian pengurus The Foxes, Brendan Rodgers, mengesahkan.
Maguire, 26, menjadi subjek spekulasi perpindahan sejak kempen 2018-19 berakhir, dengan United dan Manchester City dikatakan mendahului perlumbaan berkenaan.
Begitupun, sejak City menarik diri, usaha United berjalan lancar dan akhirnya berjaya mendapatkan pemain dihajati mereka itu meskipun Leicester meletakkan tawaran tinggi untuk Maguire muncul sebagai pertahanan termahal di dunia.
Bercakap selepas kemenangan 2-1 dalam aksi pemanas badan di antara Leicester dan Atalanta, Rodgers mengesahkan perjanjian itu telah dicapai.
Rodgers memberitahu Sky Sports: "Sehingga ia dimuktamadkan -- bukti kedua-dua kelab mengadakan perbincangan -- tetapi masih ada sedikit urusan perubatan dan peribadi yang perlu diselesaikan.
"Dia merupakan seorang pemain yang istimewa. Perpindahan ini bukan sesuatu yang kami mahukan tetapi kami akan lihat sepanjang hujung minggu ini sekiranya ada perkara-perkara lain yang akan berlaku. Buat masa ini, kami telah bersetuju (dengan bayarannya)."
Maguire menyertai Leicester daripada Hull City dua tahun lalu dengan perjanjian bernilai £17j (RM85.9j), ini bermakna mereka akan membuat keuntungan sekitar £63 juta (RM318.4j).
Ketika di Leicester, dia telah mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan England sebagai salah seorang pertahanan tengah terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurusnya itu terpaksa akur memandangkan The Foxes akan meraih keuntungan besar.
"Ia satu perniagaan yang luar biasa," katanya. "Jika anda melihat kepada nilai pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia sudah berubah.
"Dia seorang pemain yang berkelas atasan. Dia seorang individu yang baik. Dia sedar bahawa dia menjadi buruan banyak kelab tetapi bersikap amat profesional ketika bersama-sama rakan sepasukannya.
"Dia mempunyai matlamat dan setiap pemain termasuk Harry, mempunyai tanda harganya."