Skip to main content

Bola Sepak

Robertson: Kemenangan kami sudah dilupakan

andyrobertson.jpg
Liverpool sudah melupakan kejayaan mereka menjulang trofi Liga Juara-Juara, tegas Andy Robertson yang kini menyasarkan lebih banyak gelaran.

The Reds hanya terlepas satu mata untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu tetapi skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya bergelar juara Eropah buat kali keenam, menewaskan Tottenham dalam aksi final.

Berbanding membincangkan kejayaan mereka, bek kiri itu berkata rancangan Liverpool adalah melupakan kemenangan tersebut dan melihat kepada saingan musim 2019-2020 yang bakal bermula kurang daripada dua minggu lagi.

Kapten Scotland itu sudah membuat persiapan untuk menjulang trofi pertama apabila turun berdepan Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, Ahad ini.

"Hari kami kembali untuk pramusim, kejayaan itu sudah dilupakan," kata Robertson.

"Kami perlu menjalani jejalah Amerika, dan sejurus kami kembali, ia sudah dilupakan sehinggalah kami bersara.

"Sejujurnya, tumpuan kini terarah kepada lebih banyak kejuaraan. Kerana kejayaan kami sudah berlalu.

Robertson berkata lagi, "Kami tidak mahu menjadi pasukan yang memenangi satu gelaran tetapi mahu meneruskan momentum ini.

"Kami masih lagi jauh ketinggalan tetapi kami akan berusaha untuk menambah lagi koleksi kejuaraan. Itu sasaran kami."
 

Advertisement

Must Watch Video