Bek kiri Liverpool, Andy Robertson, berkata pelantikannya sebagai kapten Scotland "berkemungkinan adalah kemuncak" dalam kariernya.
Pemain berusia 24 tahun itu akan memakai lilitan kapten secara tetap selepas Scott Brown tidak akan lagi beraksi di pentas antarabangsa pada Februari depan.
Pengurus pasukan, Alex McLeish, menganggap pertahanan itu adalah pilihan terbaik berikutan peningkatan yang dipamerkannya.
Robertson bermula daripada kelab divisyen empat Scotland sebelum beraksi dalam final Liga Juara-Juara (UCL) lima tahun kemudian, dengan beraksi dalam 22 perlawanan bersama skuad kebangsaan.
"Ia adalah satu kebanggaan buat saya dan keluarga -- ia merupakan hari yang terbaik buat kami," katanya.
"Saya tidak sabar untuk mengetuai skuad ini pada Jumaat ini dan terus memikul tanggungjawab ini hingga masa akan datang. Ia merupakan kemuncak dalam karier saya."
Scotland akan menerima kunjungan Belgium dalam aksi persahabatan, Jumaat ini, sebelum kempen Liga Negara-Negara mereka bermula dengan aksi berdepan Albania tiga hari kemudian.